Benarkah ada hidupan di Planet Marikh?
Baru-baru ini heboh tentang imej makhluk asing yang dirakam oleh dua robot peninjau NASA di Planet Marikh. Robot peninjau tersebut telah merakam Imej misteri yang menunjukkan makhluk dengan susuk tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.
Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet Marikh. Pada tahun 1976, seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa telah merakam wajah aneh di Planet Marikh hasil penyelidikannya.
![]() |
| Richard Hoagland dengan gambaran yang didakwanya makhluk asing di Planet Marikh |
Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988, Mars Global Survayor mengambil gambar sekali lagi di bahagian Planet Marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard. Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality, pareidolia dan bayang-bayang.
Bagaimana dengan anda, percaya atau tidak ?
P/S Takder ka sesiapa nak duduk dalam hutan pokok pisang?
RSS Feed
Twitter
8:34 PM
Anonymous



